Aku Cuba Berubah .





Aku manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan dan dosa . Jangan kau menunding jari dan nilai aku sebab aku tidak sempurna . Tapi aku tidak akan berdiam diri jika aku tahu di mana kesilapan aku . Hidup yang aku lalui sekarang memang terdapat banyak cabaran yang aku harus tempuhi . Kau fikir dengan zaman moden , segala pengaruh budaya barat tuh remaja macam aku tak terikot-ikot ? Sebab itu aku harus renungkan balik adakah selama ini aku hidup di dunia ini sia-sia . Aku dah patut berfikiran matang , berfikiran panjang . Aku tak patot melakukan sesuatu mengikut gerak hati , nanti badan yang binasa . Tuhan bagi akal kenapa tak guna ? bila ape-ape dah jadi baru lah menyesal . Itu lumrah manusia , bila dah susah baru cari Allah . Aku bukan nak kata berseronok tak boleh , tapi ada had dan berpada-pada . Sempena tahun islam yang baru , ape kata kita berazam agar kita menjadi yang lebih baik dari hari ni . Aku tidak boleh menjanji akan menjadi yang lebih baik , tapi aku akan cuba menjadinya . Nak dapat hidayah bukan duduk diam dan tunggu , tapi kita kene ada usaha untuk mencarinya .




No comments:

Post a Comment